top of page

Jom kenali syarikat kami!

Adakah anda tertanya tanya, apakah FWD Takaful ini? Mesti anda tidak pernah dengar pun sebelum ini bukan? Adakah FWD Takaful ini sebenarnya Syarikat Takaful yang baru?





Ya, FWD Takaful adalah syarikat takaful yang baru sahaja berada dalam pasaran Malaysia secara rasminya semenjak tahun 2019 selepas Bank Negara Malaysia membenarkan syarikat ini untuk mengambil alih lesen HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad.


FWD Takaful difokuskan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang segar, dengan produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Biarpun baru, FWD Takaful pastinya akan memberikan saingan dan nafas baru terhadap pelan-pelan takaful dan seumpamanya di dalam pasaran takaful di Malaysia.



Kelebihan Syarikat kami.


FWD Takaful tampil dengan pelan-pelan unik di pasaran untuk membantu rakyat Malaysia memiliki pelan takaful yang komprehensif dan dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan sewaktu diuji dengan musibah.

Bagi agensi takaful yang mementingkan syarikat patuh syariah, ini adalah satu peluang yang hebat dimana FWD Takaful adalah syarikat antarabangsa yang beroperasi 100% sebagai syarikat takaful dan terikat di bawah akta Islamic Financial Services Acts (IFSA) 2013.



Hal ini dapat mengelakkan agen-agen daripada melibatkan diri dalam menawarkan pelan-pelan insurans konvensional dan mengelirukan pelanggan.


Di Malaysia, FWD memperkenalkan FWD Takaful Berhad di mana pemilikannya adalah sebanyak 49%, KWSP pula memegang pegangan saham sebanyak 20% dan JAB Capital Berhad adalah sebanyak 30%.

Berbicara tentang asal usul FWD, sebenarnya FWD adalah cabang perniagaan insurans bagi syarikat gergasi Hong Kong iaitu Pasific Century Group yang ditubuhkan di Asia pada tahun 2013. Ketika ini, FWD mempunyai cawangan di Malaysia, Hong Kong, Jepun, Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam.


コメント


Klik mana-mana gambar pelajar yang tertera di bawah untuk terus ke laman web rasmi bagi proses pendaftaran

miza_edited_edited.jpg
Miza
Aishah
Aimi
Nura
Zella
bottom of page