![](https://static.wixstatic.com/media/dc39d0_d8bc95b1e2984cd0acdb063359dde64b~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_692,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/dc39d0_d8bc95b1e2984cd0acdb063359dde64b~mv2.jpg)
1. Bagaimana saya boleh membayar sumbangan untuk pelan ini?
Anda boleh membayar sumbangan anda dengan menggunakan kad kredit atau debit anda.
2. Bolehkah saya menukarkan kekerapan sumbangan pelan saya?
Ya boleh. Anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis untuk menukarkan kekerapan sumbangan anda dan ia akan berkuatkuasa pada tarikh pembayaran berikutnya. Kekerapan pembayaran yang dibenarkan adalah secara Bulanan dan Tahunan sahaja.
Kekerapan pembayaran yang dibenarkan adalah secara Bulanan dan Tahunan sahaja.
3. Adakah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikenakan untuk pelan ini?
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak dikenakan ke atas pelan ini.
4. Apakah yang akan berlaku sekiranya gagal untuk membayar sumbangan?
Jadual Sijil Takaful anda akan dibatalkan sekiranya kami tidak menerima sumbangan anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh sumbangan. Anda tidak boleh mengaktifkan semula Jadual Sijil Takaful anda setelah dibatalkan, tetapi anda boleh memohon sijil baru melalui laman web kami.
5. Berapakah sumbangan yang saya perlu bayar untuk pelan ini?
Jumlah sumbangan anda akan dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:
▪ Umur pada permulaan Jadual Sijil Takaful
▪ Usia anda yang telah dicapai
▪ Jantina anda
▪ Pelan yang dipilih
Komentarze