![](https://static.wixstatic.com/media/dc39d0_ba6fee12bd6a4841b3babe6d49728858~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_692,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/dc39d0_ba6fee12bd6a4841b3babe6d49728858~mv2.jpg)
1. Adakah pelan ini terdapat nilai tunai?
Tidak. Pelan ini tidak mempunyai nilai tunai.
2. Adakah saya akan mendapat bayaran balik setelah sijil matang?
Tidak. Pelan ini tidak mempunyai nilai kematangan.
3. Dalam keadaan apakah perlindungan takaful saya akan ditamatkan?
Perlindungan takaful akan ditamatkan dengan serta-merta sekiranya berlaku salah satu kejadian berikut, yang mana berlaku terlebih dahulu:
• Setelah kematian Orang Dilindungi; atau
• Setelah bayaran penuh bagi manfaat HUPK; atau
• Atas permintaan anda untuk membatalkan (menamatkan) sijil anda; atau
• Pada ulang tahun tarikh sijil selepas Orang Dilindungi mencapai usia 60 tahun; atau
• Jika kami tidak menerima sumbangan anda sebelum tamat tempoh tangguh 60 hari.
Comments