top of page

Apakah manfaat yang bakal diperoleh?




Manfaat kematian


Apabila Orang Dilindungi meninggal dunia, kami akan membayar jumlah dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful. Di samping itu, kami akan membayar manfaat khairat kematian sebanyak RM3,000 dan Jadual Sijil Takaful akan ditamatkan.


Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)


Apabila Orang Dilindungi mengalami HUPK sebelum usia 60 tahun pada hari ulang tahun berikutnya, kami akan membayar jumlah dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful dan akan ditamatkan.


Manfaat kematian disebabkan oleh kemalangan

Apabila Orang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan, kami akan membayar 200% daripada jumlah dilindungi dan Jadual Sijil Takaful akan ditamatkan.


Badal Haji / Derma kepada badan kebajikan

Kami akan membayar kos Badal Haji dan mengaturkannya melalui panel penyedia perkhidmatan kami bagi Orang Dilindungi yang beragama Islam. Bagi yang bukan beragama Islam, kami akan mendermakan RM2,500 kepada badan kebajikan.


Comentários


Klik mana-mana gambar pelajar yang tertera di bawah untuk terus ke laman web rasmi bagi proses pendaftaran

miza_edited_edited.jpg
Miza
Aishah
Aimi
Nura
Zella
bottom of page