Apakah produk ini patuh syariah?
- fwdtakaful14
- Nov 16, 2020
- 1 min read
Updated: Nov 18, 2020

Ya. Pelan ini patuh Syariah. Kami menggabungkan prinsip-prinsip Syariah seperti berikut:
Tabarru’:
Derma untuk tujuan takaful di mana para peserta bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan.
Wakalah:
Kontrak di mana peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengurus dana risiko peserta dan bersetuju untuk memberi upah tertentu kepada Pengendali Takaful untuk perkhidmatan yang diberikan seperti yang telah dipersetujui.
Ju'alah:
Ia adalah ganjaran kepada Pengendali Takaful di atas prestasi yang baik dalam menguruskan dana risiko peserta. Pengendali Takaful akan diberi 50% ganjaran daripada lebihan dana risiko peserta dan 50% selebihnya diagihkan kepada peserta yang layak.
Qard:
Pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Pengendali Takaful sekiranya dana risiko peserta mengalami defisit. Pinjaman tersebut perlu dibayar balik daripada lebihan dana risiko peserta yang akan datang.






Comments